16.7.11

aku senyum

Segalanya sebaik mungkin cuba berkongsi.Remeh temeh sampah sarap punya isu hinggalah isu penting itu ini.Aku kongsi.Aku buat tanpa rasa terpaksa dan dipaksa.Tiada siapa suruh.Mak aku pun tak suruh.
Aku buat sekadar cuma untuk menghargai akan kehadiran.

Bila bosan.Bila memandu bersendirian.Bila rasa memerlukan.Bila rasa nak berkongsi.Bila rasa sangsi.
Aku mendekati.Kawan je pun.

Penat penuh keringat pun masih ingat.Jawapan aku terima bukan menghilang penat.Menambah lelah.Bukan menyembuh luka.Menambah lara.Bukan menghibur.Membangkit hiba.

Aku senyum.

Aku dah bagi apa yang aku ada.Aku dah tiada apa lagi nak bagi.Ini dan itulah jela aku.Sekujur sampah yang punya sekeping hati.Seadanya aku.Inilah.
Mereka cakap dia memang emo.Ramai orang cakap dia emo.Dia memang macam tu dari dulu aku kenal dia.Tak berubah.Itulah dia dan begitulah lakunya dia.

Aku senyum.

Kawan yang memahami mendekati.Kawan yang membenci menjauhi.Sebab kenapa aku tak punya ramai kenalan.Mungkin?

Ya Tuhan! Lahirkan aku menjadi seorang manusia emo.Aku taknak ramai kawan.Aku nak hidup bersendiri.Amin!


Lahir-lahir kala tali pusat masih terlekat.Aku tadah tangan.Doa sambil menangis teresak-esak sebegini.
Agaknya la.Aku tak ingat.
Dan doa pun diperkenan.
Dan menjadilah aku sepertimana aku ini.


Aku senyum.



....







p/s -

Karangan darjah 4.Aku sebuah kereta.Aku sebiji tembikai.Aku sehelai kain.
Ini?Aku sekeping sampah yang suka senyum.


Tak tunggu kau pun.Buat apa nak menunggu sepenuh pengharapan tapi tiada pasti tentang apa nantinya.Baik tunggu dan buat benda lain.
[Perbualan antara Si Tong bersama Si Sampah.]

Oh tak mengapalah.Banyak lagi sampah-sampah lain boleh dimuat dikandung oleh Si Tong.Barangkali itulah sebab atas begitu katanya lakunya.
Bisik hati kecil Si Sampah sambil menguntum akan senyum.
Terbuang tersisih dihembus angin yang mendatang.Entah ke mana destinasi dituju.Dia sendiri tak pasti.Menurut saja bawaan angin.
Kalau nantinya angin berhenti.Mengharap masih adanya tong yang mahu memuat masuk sampah sepertinya dia.Melengkap akan terjadi realitinya sebuah ciptaan dinama Tong Sampah.
Hina tapi saling melengkapi.Serasi bersama hatta jelek dipandangan mereka.
Peduli apa!Janji aku bahagia!Dengus Si Sampah.
Terusnya persis menjadi diri sendiri.Walaupun sampah.



No comments: