Malas tulis banyak-banyak.Sensitif!Masuk Khutbah Jumaat hari ini kamu tahu?Masjid Kroni.Kat mana kamu tahu?Kamu pergi Solat Jumaat?
Brahh!
Xanthophobia!
Brahh!
Xanthophobia!
Peludah Warna [Klik]
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11
A. SAMAD SAID
2 comments:
hati2.. really!
anon -
Siapapun kamu.Tiada apa perlu ditakutkan.BERSIH kot..Aha.Thanks anyway.
Peace!
Post a Comment