"Maka celakalah orang yang solat."
Berhenti tanpa disambung?
Seumur hidup aku tak solat la.
Solat dapat celaka.Tak solat tak la celaka.
Ianya bersambung.Walau bernoktah.
"Iaitu orang yang lalai terhadap solatnya."
Bila disambung?
Ia menyuruh membuat aku sedar tentang perlunya menjaga solat.Bukan sekadar solat.
Apatah lagi tak solat?
Ia contoh paling relevan.
Lihat sesuatu dari sudut dan persepsi yang luas.#bigpicture
Biarlah.Cakap macam mana pun.
Kalau hati dah benci.Ia akan terus mencaci.
Kalau ego dah sebati.Ia akan terusnya berdiri.Benar atau salah.Situnya persis menapak.
p/s -
Jangan baca tulisan picisan ini separuh jalan.Nak?Baca sampai habis.Taknak?Tak perlu baca langsung.
Nama pun picisan.Tak bermutu.Tak berfaedah.Tiada kualiti.Sampah.
Tujuannya tiada lain supaya tidak timbul akan salah faham.
Islam mengajar itu.Contohnya seperti diatas.
Oh ustazah aku kat Sains Muar pernah tanya.
Ada Allah ajar kita buat kek?
Mana ada!.
Jawab aku yakin.Berkali habis bacaan.Tak pernah terjumpa tentang ini.
"Dan bertanyalah pada mereka yang tahu(arif)"
Dengan senyuman dia menjawab.
Tiada eyh Taqiyudin?
Err.
Dari situnya aku belajar.
Big picture please.
...
2 comments:
ok,faham.
-DNCH-
Lama eyh nak digest?
Terima kasih sbb selalu cuba memahami.
#hargai KITA seadanya.
Post a Comment