26.7.11
syahdu dalam lagu
Oh aku tergelak pertama kali dengar lagu ni.Adik aku start gelak dulu.Masa tu dalam perjalanan balik dari suasana KL yang rare.Baju kuning.Dengar Sinar.fm.Gelak bukan sebab isinya lagu.Hanya cara bagaimana lagu itu disampaikan.
Esok bangun paginya.Bait lagu ni terngiang-ngiang masih.Bingung.Tak tahu kenapa.Padahal baru sekali dengar.Penat aku cari kat internet.Tiada.
Hari ini.Kawan aku post kat #fb
Oh mengalir airmata.
Aku suka lagu ni.
Kamu kenal Iwan dangdut?Iwan Syahman.Album terbaru dia "Segalanya Allah"
Ha tu dia.Udah berulang kali diperingat.Jangan pandang hina pada mereka yang kotor,jijik akan laku juga katanya.
Aku baik darinya dia.Aku layak dipanggil manusia lebih darinya.
Ya itu hari ini.Esok lusa?Boleh jadi kamu jadi sehina-hinanya manusia.Siapa tahu?
DIA pengangkat darjat.DIA juga memberi erti maknanya hina.Kamu siapa nak menghina?
Selalulah bersangka baik. #notetoself
Solatlah dulu.
Peace!
p/s -
Terima kasin banyak sin!Kawan semasa di Kuala Lumpur.Sama-sama berjalan kaki ke sekolah.Sama-sama menjadi pelajar terbaik PMR 2003.Aku berpindah sekolah ke Sains Muar.Dia tetap di sana.Masih rapat hingga kini.Itu namanya kawan.Bagi aku.Jarang jumpa tapi bila jumpa.Tak pernah lupa akan waktunya dulu.1 dalam 1000.
Bila aku sibuk buat kerja.Dan tika itu berkumandang azan.Adik aku berlari arah aku sambil menyanyi bait lagu ini."Tunggu sebentar.Solatlah dulu".Pandang satu sama lain dan gelak.Makan dalam.Berhenti dan terusnya berwudhu'.Didikan jiwa cara sinis berkomedi.Sebab kenapa suka lagu ini.Hih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
rentak mmg funny
but worth to hear
=)
so tak salah la aku gelak kan?HAHA
yup!worth it!:)
i love the p/s. =)
bebel - Panjang gua tulis.P/s je lu suka.Hih.:p
Post a Comment